Kepakaran kami adalah MEMBANTU pemilik kenderaan untuk mendapatkan suasana yang sejuk dan nyaman sewaktu anda memandu bersama dengan orang yang tersayang. 






SERVIS AIRCOND KERETA

AJ Aircond menawarkan perkhidmatan servis dan selenggara aircond kereta pelbagai jenama tidak kira jenama tempatan atau antarabangsa. Servis aircond untuk menjadikan kereta lebih sejuk serta penggunaan untuk jangka masa panjang.


REPAIR AIRCOND KERETA

Membaiki kerosakan aircond seperti kerosakan mekanikal dibahagian kompresor, saluran dan pelbagai lagi. Kerosakan dibahagian ini akan menjadikan aircond kereta lebih panas dan jika lambat untuk dibaiki, jumlah besar duit akan diperlukan jika kerosakan ini berpanjangan. 


MASALAH AIRCOND KERETA

Sebagai langkah berjaga-jaga, aircond kereta perlu diselenggara setiap tahun atau sudah menjangkau milage 30,000 KM. Namun, jika cara penggunaan aircond yang berlebihan dan salah, aircond anda akan cepat rosak. Di Aj Aircond, kami boleh mengenalpasti masalah kerosakan aircond kereta anda. 


Siapa Kami & Apakah Kepakaran Kami?

KEPAKARAN AJ Aircond adalah membantu pelanggan untuk mendapatkan penyelesaian masalah aircond kereta seperti:

Kami AJ Aircond Car Airconditioner Specialist boleh membantu anda menyelesaikan masalah-masalah diatas.

AJ Aircond adalah syarikat pembaikian aircond kereta milikan Bumiputera dan terletak di Shah Alam, Selangor. Telah bertapak sejak 2016, bengkel kami telah menjadi antara bengkel servis aircond kereta yang dikenali di Selangor dan Kuala Lumpur.


Mengapa Memilih Kami?

MEKANIK BERTAULIAH


Syarikat kami mempunyai pekerja atau mekanik bertauliah serta mahir yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang pembaikian aircond kereta.


TEKNOLOGI TERKINI DAN CANGGIH


AJ Aircond juga amat menitikberatkan penggunaan teknologi terkini dan canggih untuk mengenalpasti masalah aircond kereta anda. Kami berkebolehan untuk membaiki aircond kereta pelbagai jenama, tempatan mahupun antarabangsa,


SERVIS BERKUALITI


Di AJ Aircond, kami sentiasa memperbaiki khidmat pelanggan kami serta inginkan memberi yang terbaik untuk pelanggan kami. Kami menawarkan servis berkualiti tinggi serta hasil kerja yang tahan lebih lama. Aircond kereta yang dibaiki kami lebih sejuk dan tahan lama.


Apa Kata Pelanggan?


Ingin Ke Bengkel Aircond Kereta AJ Aircond?